Anda ada skill?
Daftar untuk keuntungan
Ekonomi gig telah menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada ekonomi tenaga kerja Malaysia, menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel kepada ramai orang. Keupayaan untuk menetapkan jadual seseorang, memilih perjalanan dan memperoleh pendapatan mengikut terma syarat mereka sendiri telah menarik beribu-ribu pekerja gig untuk serius di dalam menjana pendapatan mereka. Namun, di dalam negara kita, sektor gig masih tertumpu kepada lower job gig seperti pemandu e-hailing, yang bukan memerlukan kemahiran tinggi.
Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai gig platform untuk golongan berkemahiran tinggi seperti TVET dan golongan para professional. Gig platfrom juga harus menyediakan sektor umum seperti tukang kebun, kemas rumah dan lain-lain urusan harian kepenggunaan – tetapi peserta sektor gig itu haruslah diiktiraf dari satu badan pemantau dari pihak kerajaan.
Walau sebaik mana pun fleksibiliti sektor gig kepada peserta, keselamatan pekerjaan, perlindungan sosial dan pampasan yang adil harus diteliti.
Usaha kerajaan di Kementerian Sumber Manusia yang baru-baru ini melancarkan draf Rang Undang-undang Pekerja Gig (RUU Pekerja Gig 2025) merupakan suatu langkah kehadapan. Rang undang-undang ini mewakili langkah yang sudah lama tertunggak ke arah mengimbangi fleksibiliti dengan layanan yang adil, memastikan pekerja terutamanya (buat masa ini) pemandu e-hailing dilindungi tanpa mengurangkan kelebihan peserta untuk bekerja dengan bebas.
RUU ini timbul berikutan kebimbangan utama bagi pemandu e-hailing berkenaan ketidakpastian pendapatan. Tidak dinafikan lagi, kini ramai yang bergantung pada kerja gig sebagai pendapatan utama mereka, namun mempunyai sedikit kawalan ke atas struktur tambang. Kertas putih oleh MyDIGITAL mendapati bahawa sesetengah pekerja gig (peamndu e-hailing) bekerja lebih daripada 41 jam seminggu hanya untuk memperoleh pendapatan yang stabil.
Atas faktor inilah, rakyat Malaysia wajar disediakan satu lagi platform gig yang memfokuskan kepada kemahiran TVET serta professional. Seiring dengan usaha kerajaan yang fokus kepada memberi penekanan pendidikan TVET, peluang untuk kebolehan pasaran sejurus selepas tamat pengajian TVET dan pendidikan professional harus disediakan dengan kadar segera.
Ditambah dengan dasar RUU tersebut yang lebih adil, ini boleh mengelakkan rasa tiada masa hadapan, berasa keadaan kerja yang tidak selamat dan dapat mengatasi masalah kewangan.
Peruntukan utama dalam Rang Undang-undang Pekerja Gig ialah sumbangan mandatori Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pekerja berasaskan gig platform, termasuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Ini memastikan peserta— yang tidak menerima faedah pekerjaan tradisional — mendapat perlindungan sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan pendapatan secara tiba-tiba.
Keselamatan sosial sahaja tidak mencukupi. Platform juga harus mengambil tanggungjawab dengan memperkenalkan program celik kewangan, insurans mikro dan skim simpanan berstruktur untuk membantu pemandu membina keselamatan kewangan jangka panjang. Peserta gig platform akan terlibat dengan kerja yang mencabar, dan peserta tidak perlu mengorbankan kesejahteraan mereka hanya untuk memenuhi keperluan hidup.
Rang undang-undang juga mesti mengiktiraf bahawa tidak semua bidang gig adalah sama. Kira-kira 70% pekerja gig Malaysia adalah sambilan, kebanyakkannya ialah pemandu e-hailing untuk menambah sumber pendapatan utama mereka. Dengan platform gig TVET sebagai contoh, sektor gig akan disertai oleh ramai rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi dan professional. Peraturan mestilah cukup fleksibel untuk menyokong para peserta sektor ini yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan, memastikan dasar meningkatkan peluang dan bukannya mengehadkannya.
Cabaran utama dalam ekonomi gig ialah kekurangan ketelusan dalam membuat keputusan berasaskan algoritma. Sesetengah platform menggunakan algoritma tidak fleksibel untuk menentukan pendapatan, tugasan kerja dan juga penyahaktifan akaun, selalunya tanpa penjelasan yang jelas. Sebab itu ia harus dikawal selia untuk keyakinan pengguna serta peserta gig ekonomi itu. Sebagai contoh jika gig platform itu menyediakan perkhidmatan TVET, badan professional yang diiktiraf kerajaan atau institusi TVET seharusnya menjadi badan yang mengesahkan jenis perkhidmatan dan kelulusan peserta gig TVET tersebut. Bukan sahaja ini menyakinkan para pengguna, malah menyediakan peluang yang baik untuk anak tempatan yang benar-benar layak untuk memberikan servis perkhidmatan mereka di pasaran.
Apabila tiada kawal selia dari badan bertauliah, ketidakpastian itu boleh menyebabkan peserta gig terdedah kepada turun naik pendapatan secara tiba-tiba atau kehilangan kerja tanpa keupayaan untuk mencabar sesuatu keputusan.
Draf rang undang-undang menyokong ketelusan pada pemantauan automatik dan sistem membuat keputusan. Ini untuk memastikan keadilan, yang membolehkan penyedia perkhidmatan berkemahiran dan pelanggan berunding persetujuan secara telus. Ini memastikan bahawa penyedia perkhidmatan atau mereka yang berkemahiran itu dibayar atas apa yang mereka percaya adil untuk masa dan usaha mereka, dan bukannya tertakluk kepada kadar yang berubah-ubah.
Juga mesti ada perlindungan yang lebih kukuh terhadap waktu kerja yang berlebihan. Peserta sektor gig tidak boleh melebihi had waktu kerja hanya untuk memperoleh pendapatan yang mencukupi, yang mungkin meningkatkan risiko kemalangan yang berkaitan dengan keletihan. Walaupun fleksibiliti adalah kelebihan teras kerja gig, ia tidak sepatutnya menjejaskan keselamatan peserta atau keselamatan kewangan mereka.
Draf Rang Undang-undang Ekonomi Pekerja Gig menandakan detik penting bagi tenaga kerja gig Malaysia, tetapi perundangan sahaja tidak akan mencukupi. Platform, penggubal dasar dan pemain industri mesti bekerjasama untuk mewujudkan ekonomi gig yang mampan — ekonomi yang mengimbangi fleksibiliti dengan perlindungan penting.
Masa depan peserta gig ekonomi tidak seharusnya memaksa pekerja memilih antara kebebasan dan keselamatan. Sebaliknya, kita mesti membina sistem di mana pekerja gig memperoleh pendapatan yang adil, dilindungi dan boleh merancang masa depan dengan yakin.
Daftar untuk keuntungan